Saturday 17 March 2012

LOGO JPP IPG



KETERANGAN LOGO:-

a) JPP: 
                           
         Jawatankuasa Perwakilan Pelajar


b) Warna Biru:

         Kesepaduan yang utuh dalam kalangan JPP


c) Warna Putih:

         Keikhlasan dan kesungguhan ahli JPP dalam melaksanakan amanah yang telah diberikan


d) Bulatan:

           i. Gerak kerja JPP yang holistik meliputi kesimbangan dalam aspek jasmani, 
              emosi,  rohani, intelek, sosial, kebajikan, etika dan profesionalisme sebagai 
              mahasiswa guru di IPG.
              ii. JPP mengamalkan budaya kerja berpasukan.


(Dipetik dari Blog Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Dato' Razali Ismail)

Friday 16 March 2012

SELAMAT BERPRAKTIKUM

Selamat berpraktikum diucapkan kepada semua pelajar semester 5 ambilan Januari 2010 yang akan memulakan sesi praktikum bagi fasa 1 pada 19 Mac 2012 selama 4 minggu di sekolah masing-masing. Jadikan praktikum fasa 1 ini sebagai tempat menimba ilmu dan pengalaman sebelum prakrikum-praktikum yang seterusnya. Jangan sesekali putus asa sebelum mencuba dan teruskan usaha gigih dalam mencapai matlamat.





"Jadilah seorang guru yang hadirnya ditunggu, hilangnya dirindu, ilmunya diburu, nasihatnya diseru dan tingkahlakunya ditiru".

SELAMAT DATANG...


SELAMAT DATANG

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera diucapkan kepada sesiapa yang sudi menjenguk ke Blog JPP IPG KBM SESI 2011/2012 yang baharu ini. Blog ini dihasilkan untuk menyampaikan segala maklumat yang berkaitan dengan aktiviti pelajar di IPG Kampus Bahasa Melayu di samping sebagai medium perhubungan antara JPP IPG Kampus Bahasa Melayu dengan JPP IPG Kampus seluruh negara.